Kerana kami melihat terlalu ramai usahawan yang hebat, tetapi "lemas" dalam sistem TikTok yang sentiasa berubah.
Kami tidak mahu melihat anda terus melakukan perkara ini:
Penat Mengejar Angka 'Viral' yang Kosong: Anda sudah habiskan berjam-jam sunting video, tapi bila viral, beg kuning tetap tak bergerak. Anda mula rasa penat kerana views tidak menjadi sales.
Berjudi dengan Nasib (The 'Luck' Strategy): Anda hantar produk kepada creator, buat LIVE berjam-jam, dan bakar Ads setiap hari—sambil berdoa agar harini ada jualan. Perniagaan bukan tentang nasib, ia tentang sistem.
Burnout dengan Content: Anda rasa tertekan untuk sentiasa muncul di depan kamera, sedangkan fokus utama anda sepatutnya adalah pada kualiti produk dan hala tuju syarikat.
Ads yang Menjadi Beban, Bukan Pelaburan: Anda rasa takut setiap kali mahu tekan butang 'Promote' atau 'Ads' kerana risau duit lebur tanpa sebarang pulangan yang masuk akal.
Kami di AAC Hadir Kerana Kami Percaya...
Usahawan tempatan seperti anda layak mempunyai ketenangan fikiran (peace of mind).
Kami mahu membantu anda berhenti "bermain teka-teki" dengan algoritma. Kami ingin mengubah perniagaan anda daripada sebuah kedai yang berharap pada viral, kepada sebuah Ekosistem Jualan yang kukuh, boleh diramal, dan mampu berkembang (scalable).
Matlamat kami mudah: Anda fokus pada produk, biar kami (AAC) menjadi arkitek yang memastikan sistem jualan anda sentiasa berputar.